Sunday, January 3, 2010

Tahun baru n impian yang kecundang

Diam tak diam, tahun 2010 sudah pun menjengah. Macam mimpi, segala yang berlaku pada tahun lepas sudah pun berlalu mejadi memori. Macam warna, ada peristiwa hitam dan putih, tapi warna warna tulah yang menjadi pengalaman buat bekalan untuk kita hadapi tahun baru ini.

Bila diingatkan kembali, aq seperti x percaya akan apa yang telah aq alami pada semster lepas. Impian aq untuk jadi barisan kepimpinan da tercapai melalui kelab PRIMU; bermakna salah satu impian terbesar aq telah pun terlaksana. Namun dalam masa yang sama, ada juga sesetengah perkara yang x mampu aq kecapi lagi yakni hilangkan sifat gabra waktu kat depan, berjimat cermat n pulihkan balik hubungan dengan ex kawan baik aq. Selagi aq x mampu capai semua ni, hati ni masih lagi x bebas...sentiasa tertekan.

Pengalaman 2 blan berada di kg halaman banyak mengajar aq tentang kelemahan diri sendiri, betapa susah aq mahu bergaul dengan mereka yang baru dikenali, belajar hidup sederhana n terima takdir jodoh terletak di tangan Yang Esa. Melalui pengalamanlah seseorang manusia itu dewasa, maka aq setuju semua itu benar belaka.

Moga tahun baru 2009 bawa sinar cahaya pada diri yang lemah ini

No comments:

Post a Comment