Monday, May 25, 2009

Cetusan hati seorang lelaki


Masih lagi terasa memberat di kepala dengan setiap perkataan cina yang baru dipelajari dalam masa dua minggu kebelakangan ini. Setiap malam yang sepatutnya lena dibuai mimpi pon hilang rase enaknye apabila tertekannya rasa hati yang perlu mengarahkan otak menghafal setiap chinese character kerana ujian yang selalu sangat diadakan tiba2x

Dalam sibuk belajar, perkara pelik sentiasa berlaku dan sampai ke pengetahuan aq, x kira lah dari hal politik semasa, sehinggalah masalah manusia manusia yang wujud di unimas. Kadang kadang rasa kasihan, tetapi lebih banyak yang menyampah muncul dalam hati bila terus dikenang.

Dari masalah kawan yang selalu sangat ada , masalah dengan buah hati sampai lah ke goloongan yang anti lelaki, sesunnguhnya aq merasa sangat kasihan dengan keadaan mereka.

Ambil contoh, bila seorang pelajar wanita ini benci akan perkataan kapel, setiap masa yang ada dalam hidupnya hanya banyak diisi dengan umpat keji terhadap apa yang dikonsepkan dengan kapel. pelbagai keburukan mengenai benda ini dikorek dan sengaja disiar dan dihebah hebahkan seolah olah berkempen agar orang ramai berdiri seangkatan dengannya menentang amalan kapel. Bila difikirkan balik, masalah peribadi beliau hanyalah benci kepada lelaki yang telah meninggalkannya, lalu dia bertindak memboikot setiap lelaki kerana pada pandangan hatinya yang buta, lelaaki semua adalah sama, pembawa masalah. Takkan tercipta Adam jika tiada hikmah diciptakan kejadian sebegini rupa dan tidak tercipta Hawa jika konsep berpasangan ini tidak direstui tuhan

Apabila aq terus mengorek permasalan ni, timbul pula pelbagai pesoalan lain, kenapa mesti dia keras hati dan terus berpegang pada pemikirannya yang jahil? Adakah mereka fikir, tanpa lelaki, mereka akan wujud di dunia ini dan berpeluang untuk memiliki bapa tepah mencurah kasih dan bergantung harap?Siapa kita untuk terus memegang prinsip ini? Besar sangatkah kita? Atau hanya besar kepala?

Sama sama la kita fikirkan

No comments:

Post a Comment