Sunday, January 24, 2010

Kisah Tauladan : Tapi..Papa buat kat mama boleh...

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah padasatu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norishyang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cumayang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bilayang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Saturday, January 23, 2010

PLKN~ Memori yang x dapat diganti




Tahun baru da pun hampir sebulan menjengah. Macam 2x perkara yang berlangsung dalam masa sebulan ini. Petang semalam, sewaktu aq sedang melintas dekat waterfront, tiba tiba aje aq ternampak bas yang terpampang logo Khidmat negara. Of couse la kan, coz bulan januari setiap tahun adalah sesi panggilan pertama untuk Program Latihan Negara. Waktu itu jugaklah berderu deru memori sewaktu aq menjalani hidup sebagai seorang pelatih PLKN menyerang jiwa aq...Pahit dan manis..Semuanya lengkap.

Aq mendaftar sebagai pelatih PLKN pada 31 Januari 2007, sehari selepas umat Islam menunaikan Raya Haji. Memang waktu permulaannya aq sakit hati sangat kene panggil, coz setahu aq juz pelajar yang tidak aktif sahaja yang akan dipanggil, tapi aq turut menjadi mangsa sekaligus menafikan persepsi aq selama ini. Aq terpaksa pergi dengan bas yang disediakan..Di tapak ekspo Temerloh.

Aq menjalani PLKN di Rompin Pahang. Secara tepatnya di Kem Summerset resort, Kuala Rompin, Pahang. Ditempatkan di dorm ke 8 dan mendapat kumpulan delta bukanlah sesuatu yan indah padamulanya, namun tempoh tiga bulan mengubah segalanya. Disinilah tempat aq belajar macam macam perkara tentang hidup, yang tidak pernah aq belajar dari buku text kementerian pendidikan selama ni.

Inilah serba sedikit coretannya....

1. Hidup dengan mereka yang bodoh

Selama ni, aq menganggap aq lah yang padai di kem tersebut coz aq je antara budak berasrama penuh yang ade di kem tersebut. Tapi sangkaan aq meleset. Sebodo bodoh mereka, mereka jugatahu apa tu persahabatan, kepercayaan, kerjasama dan sebagainya. Walaupun aq akui, dorm aq adalah dorm yang paling nakal, tapi aq tahu mereka bukan budak jahat. Dari situ jugalah aq belajar untuk bergaul.

2. Bergaul dengan orang tua.

selama ini jugak aq susah nak interact dengan orang tua selain daripda ahli keluarga aq. Tapi jurulatih diPLKN berbeza. Mereka yang berusia melayan kita semua bagai anak anak sendiri, tanpa diskrimnasi.

3. Cina, melayu, india

Ya, disini, kami hidup bersama antara satu sama lain. Bukan nak mengada adakan cerita, tapi aq yakin modul plkn adalah experimentasi pihak kerajaan yang paling berjaya untuk model perpaduan. Salah sorang kawan bail aq pon cina (AH HO) dan jugak India ( Johny).

4. Cinta?

Ya, disinilah aq kenal dengan MIchi dan Pija. Michi adalah perempuan aneh pada anggapan aq. Mugkin nerd. Dia suka berhubung dengan aq melalui post-it-out note, terutamanya sewaktu kelas kenegaraan berlangsung. walaupun aq xde hati padanya, namun aq layan jugak, coz takut dia kecewa. Yag special adalah Pija. Aq langsung x tahu yang dia tergila gilakan aq sehinggalah minggu terakhir latihan kami. Sayang betul. Aq kenal dengannya sewaktu aq menjadi posmen kawanku yang tergila gilakan die. Patutlah selama ini, sewaktu aq beri surat padanya, mukanya masam je...Tapi yang paling malang, sekarang ni dia da ade anak ma..(bini orang da, hahaha)

5. Disiplin

Yang i x boleh buat ape la kan, nama pon latihan ala tentera. Pernah member aq kene dera picit telor coz mencuri RM 0.50 dan jugak sebungkus nestum 3 in 1. Azab! Pernah jugak kami satu dorm terpaksa angkat katil tidur di padang kawad coz kesilapan sorang mmber yang x stress kan cadarsebelum keluar dorm. Walaupun sakit, tapi best. Aq anggap tu semua kenangan mnis. Belum lagi bab aq kene jentik hidung 20 kali coz terlupa nak cukur 3 hilai misai,,N jugak kene mandi kolah dari jam 3 pagi sampai jam 6 pagi coz x kiwi kasut..hahahaha.

Tulah antara memori bahagia yang aq lalui. Tapi ada gak jenayah yang kami buat swktu di kem..Rahsia bham tapi, hari ni aq kantoikan korang wahai kawan kawan ku. Antaranya:

1. Keluar beli rokok sembunyi sembunyi.

Yang ini aq x join, tapi member aq yang buat. Besaklah, bekalan xde, terpaksa la kan, Lagipon harga sebatang rokok di PLKN melambung sampai RM 2 sebatang.
Nak beli pon susah, kene rentas hutan pantai lebih kurang 10 km, senang kata kalau keluar hari ahad jam 10 pagi, mesti sampai bilik dalam jam 4 petang punye..dengan risiko kene sondol babi hutan lagi..hahaha

2.Mandi kolah ala ala waterpark

Yang ini aq rase berdosa sikitcoz aq pon terlibat. Kami suka mandi ramairamai jam 6 petang dengan berendam ramai ramai dalam kolah. Best ma, siap aq yang bergayut atas siling, pastu terjun dalam kolah (x pelok la kalau ade ramai yang mati waktu latihan). Pastu waktu malam kami buang air kotor tersebut dan tadah lagi sepanjang malam. Memang ,membazir, tapi best..Hehehehe

3. Berdating(ala ala berkhalwad)

Kami suka berdating pada waktu rondaan malam, sentri. Kami seramai 6 lelaki dan 6 perempuan akan bersepakatambil tugas rondaan dan sewaktu orang tidur, lami pon merendek (tapi x buat benda bukan bukan ok). Pernah Jugak member aq terserempak hantu tyme dating, muahahahahaah!!! Itulah antara perkara yang sukar nak dilupakan.

4. Panjat atap dorm

Benda ni dengar aje macam biasa biasa, tapi diklasifisikasikan serius (mungin dakwaan kemungkinan bunuh diri). Aq pernah panjatatap coz nak ambil bola takraw yan tersangkut, tapi ntah macam mana aq terkantoi dengan ketua jurulatih, Berterabur kami lari. Memang malang waktu tu, aq terlekat pada kawad berduri n luka teruk jugaklah punggung aq(auww). X abe dengan tu, kene plak denda..

5. Patahkan tiang bendera negeri pahang

Hahahaahaha, yang ni pecah perut kalau aq teringatkan balik. Cerita nya macam ni, waktu tu kami kene sentri maam (dating, hehehe). Nak dijadikan cerita ada lah member aq namanya Ibnor main tiang bendera tu kononnya nak tunjuk kaut kat awek die, sekali tiang tu patah. Tian tu kami gunakan sebagai penanda sudut ntuk berkawad. Memang dia tak boleh nak lari lagi da. Besoknya dia kene denda pacak kan bendera tu kat dalam seluar nya selama seminggu. Kalu dia tanggalkan memang lagi teruk la dia kene. So, benda tu nampak seakan akan ekor. NAk kawad, kene letak dalam seluar celoreng. Nak mandi kene letak dalam tuala, nak berak? wallahualam..Hahahaha

6. Main pinggan ala ala boomerang

Yang ni po satu hal. Di PLKN kami dibekalkan denga tray besi yang perlu kami bawa sewaktu makan ke dewan makan. Sepanjang perjalannan ke dewan makan, kami suka baling tray tu kearah pokok(besh, cam ninja je) ade satu hari tu, aq nampak burung atas pokok, aq pon baling la ke arah burung tu, sekali tray aq tersangkut atss pokok. memang malang, sekali jurulatih aq lalu tempattu, dia tanya la kat aq kenapa aq x makan lagi n sibuk dok tenung pokok tu, aq cakap la aq tunggu member. Sekali kebetulan tray tu jatuh dari pokok dan terhempas atas kepala dia..Malam tu jugak aq kene rendam dalam kolah..hehehe

Tuajelah antara yang sempat aq coretkan malam ni...papehal pon, PLKN memang best!!

Wednesday, January 20, 2010

Politik?

Tiba tiba je aq rase tertarik nak menaip pasal politik, meskipon aq tersangat la anti politik. Bukan la bermaksud aq menentang segala bentuk politik, tapi ape yang aq lihat politik kat malaysia ni dah makin parah dah.

Dan tujuan aq menulis ni adalah untuk memperkatakan tentang Politik di UNIMAS. Pilihanraya pun sudah tidak berapa lama lagi akan menjengah kampus. Apa yang ketara di UNIMAS ni adalah ketaksuban berpilihanraya adalah sangat lemah berbanding IPTA yang lain. namun tidaklah pula aq berpendapat perkara ini adalah suatu yang negatif. Aq meletakkan perkara ini mempunyai pro n kons yang tersendiri.

Namun, walaupun politik pelajar di sini agak lemah, wujud juga pelbagai aliran samada yang bersih, haluan kiri..dan sebagaimya, lalu wujudlah pelbagai nama seperti ....., ....., dan sebagainya. Sampai di satu tahap, kita pula yang jadi rimas. kalau a sibuk sangat nak berpolitik, ambil borang penamaan calon, tulis je nama. Tak perlulah sibuk nak buat seperti apa yang telah berlaku di semenanjung.

Em, tak tahu nak tulis ape lagi coz politic sucks!

Tuesday, January 19, 2010

GoKuseN! Layan!!


Aq berasa agak teruja untuk menaip selepas menonton drama bersiri "Gokusen" , seingat aq bermula dari 3 hari yang lepas. Kalau diikutkan, sudah lebih dari satu semester drama ini menetap dalam laptop aq, langsung tidak bersentuh. Mungkin tiba tiba hati aq rasa tergerak nak menonton cerita tu..

Sinopsis cerita ini boleh la diringkaskan sebegini; cerita ini mengisarkan kehidupan seorang cucu seorang Ketua Yakuza yang menyamar menjadi seorang "Homeroom Teacher"( lakonan Nakama Yukie) semata mata untuk meneruskan minatnya menjadi guru. Namun apa yang malangnya, dia ditempatkan di kelas 3-D, iaitu kelas khas untuk pelajar pelajar yang bermasalah. Dengan perwataknnya yang berselindung disebalik identiti seorang guru, beliau cuba mengubah sikap setiap ahli kelas tersebut; namun segalanya bukanlah semudah yang disangka. Dia jugasentiasa berhadapan dengan ketua guru yang pesimistik terhadap kelas 3-D, masalah latarbelakang pelajar 3-D dan yang melucukan adalah bagaimana dia terpaksa berlakon menjadi guru yang baik setelah dilatih secara Yakuza sejak dari kecil.

Tunggak drama ini terletak pada kekuatan emosi yang dilakonkan oleh setiap pelakon yang terlibat dalam siri ini. Tambahan pula, drama ini mempunyai ramai nama nama besar dalam dunia seni jepun seperti Nakama Yukie, Matsumoto Jun serta Oguri Shun.
Drama yang berlatar belakangkan dunia yakuza serta High school ini pasti menarik minat kepada mereka yang cuba berminat minat dengan drama jepon.

Enjoy!

Saturday, January 16, 2010

SK nite..Gembira? Teruja? === Sakit jiwa

Saat aq menaip tiap butir perkataan yang membuatkan jari aq menari riang atas keypad laptop, seiring itu jugalah sumpah seranah membukit dalam hati aq. Sakit hati, pening, sakit jiwa, stress, sakit badan, rasa dipergunakan, lapar n pelbagai lagi outcome yang aq dapat dari majlis berbanding dengan tujuan utama program ini; "cuba untuk membuatkan pelajar SK melupakan masalah buat seketika dan berseronook". Apa tu? Apa tu?
WTF

Ini adalah senarai masalah yang aq hadapi, 16 Januari yang sial..

1) Pembantu aq, Hillary tiba tiba x jadi datang..so, aq kene buat kerja seorang diri.

2) Pasang set audio n video seorang diri..Kalau ada yang tolong pon just Teddy n Umai..Credit to both of them

3) Tiba tiba lupa cara nak pasang, menggelabah nak dekat sejam

4) Langsung tiada raptai untuk majlis ni, padahal VIP majlis adalah dekan

5) Kamera Hi-Cam habis bateri, padahal sudah pun bercas penuh sebelum datang. Jadi, tiada rakaman penuh terhadap majlis yang dapat dijalankan. (Sial nye bateri)

6) lambat beratur untuk makan, jadi, makanan pun hanya tinggal sisa

7) Projektor buat hal, tiba tiba shaja tidak dapat connect ke komputer. Memang menggelabah. Terpaksa cabut segala makhluk wayar yang berselirat dan memeningkan kepala. rasa nak aje lari dari majlis

8) Terpaksa berlapar sebab mana ada event yang technician nya boleh keluar berehat sekejap untuk makan..(yelah, my assistant kan suck!!)

9) Hanya segelintir yang menolong mengemas set set yang dibawa..Credit to Malya, Teddy, Hasnol, amiroul, n felix. Salute!

10) Tertinggal cenderamata coz nak kejar bas kolej.,Sial betul, Sepenet penat aq kerja sampai jadik macam buruh kontrak, last last naik bas je

11) Ade 3 orang SK one yang macam PANTAT (Sial Babi)..aq panggil buat dono je..Harap je PALAPES..PAPAN LAPES, PES TAIK!!

12) TERTINGGAL WAYAR PROJEKTOR..CAM TAIK!!!!

13) HAhaha, spek hitam RayBan aq retak, Cam TAIK!

Itulah antara perkarayang membuatkan SK Nite aq taun ni adalah majlis yang paling worst aq pernah joint since aq bergelumang dengan dunia AJK ni..

Any Comment??

Sunday, January 3, 2010

Tahun baru n impian yang kecundang

Diam tak diam, tahun 2010 sudah pun menjengah. Macam mimpi, segala yang berlaku pada tahun lepas sudah pun berlalu mejadi memori. Macam warna, ada peristiwa hitam dan putih, tapi warna warna tulah yang menjadi pengalaman buat bekalan untuk kita hadapi tahun baru ini.

Bila diingatkan kembali, aq seperti x percaya akan apa yang telah aq alami pada semster lepas. Impian aq untuk jadi barisan kepimpinan da tercapai melalui kelab PRIMU; bermakna salah satu impian terbesar aq telah pun terlaksana. Namun dalam masa yang sama, ada juga sesetengah perkara yang x mampu aq kecapi lagi yakni hilangkan sifat gabra waktu kat depan, berjimat cermat n pulihkan balik hubungan dengan ex kawan baik aq. Selagi aq x mampu capai semua ni, hati ni masih lagi x bebas...sentiasa tertekan.

Pengalaman 2 blan berada di kg halaman banyak mengajar aq tentang kelemahan diri sendiri, betapa susah aq mahu bergaul dengan mereka yang baru dikenali, belajar hidup sederhana n terima takdir jodoh terletak di tangan Yang Esa. Melalui pengalamanlah seseorang manusia itu dewasa, maka aq setuju semua itu benar belaka.

Moga tahun baru 2009 bawa sinar cahaya pada diri yang lemah ini