Tuesday, January 19, 2010

GoKuseN! Layan!!


Aq berasa agak teruja untuk menaip selepas menonton drama bersiri "Gokusen" , seingat aq bermula dari 3 hari yang lepas. Kalau diikutkan, sudah lebih dari satu semester drama ini menetap dalam laptop aq, langsung tidak bersentuh. Mungkin tiba tiba hati aq rasa tergerak nak menonton cerita tu..

Sinopsis cerita ini boleh la diringkaskan sebegini; cerita ini mengisarkan kehidupan seorang cucu seorang Ketua Yakuza yang menyamar menjadi seorang "Homeroom Teacher"( lakonan Nakama Yukie) semata mata untuk meneruskan minatnya menjadi guru. Namun apa yang malangnya, dia ditempatkan di kelas 3-D, iaitu kelas khas untuk pelajar pelajar yang bermasalah. Dengan perwataknnya yang berselindung disebalik identiti seorang guru, beliau cuba mengubah sikap setiap ahli kelas tersebut; namun segalanya bukanlah semudah yang disangka. Dia jugasentiasa berhadapan dengan ketua guru yang pesimistik terhadap kelas 3-D, masalah latarbelakang pelajar 3-D dan yang melucukan adalah bagaimana dia terpaksa berlakon menjadi guru yang baik setelah dilatih secara Yakuza sejak dari kecil.

Tunggak drama ini terletak pada kekuatan emosi yang dilakonkan oleh setiap pelakon yang terlibat dalam siri ini. Tambahan pula, drama ini mempunyai ramai nama nama besar dalam dunia seni jepun seperti Nakama Yukie, Matsumoto Jun serta Oguri Shun.
Drama yang berlatar belakangkan dunia yakuza serta High school ini pasti menarik minat kepada mereka yang cuba berminat minat dengan drama jepon.

Enjoy!

2 comments:

  1. mmg best cite ni...
    ak da lyn cite ni mase kat unimas dlu...
    ade gokusen 1 2 3...
    sume ak da tgk...
    best2
    tp yg 1 la plg best

    ReplyDelete
  2. hahaha
    aq juz layan anime je dulu
    skang ni baru siyes tengok drama die
    papehal pon, thumbs up

    ReplyDelete