Saturday, January 23, 2010

PLKN~ Memori yang x dapat diganti




Tahun baru da pun hampir sebulan menjengah. Macam 2x perkara yang berlangsung dalam masa sebulan ini. Petang semalam, sewaktu aq sedang melintas dekat waterfront, tiba tiba aje aq ternampak bas yang terpampang logo Khidmat negara. Of couse la kan, coz bulan januari setiap tahun adalah sesi panggilan pertama untuk Program Latihan Negara. Waktu itu jugaklah berderu deru memori sewaktu aq menjalani hidup sebagai seorang pelatih PLKN menyerang jiwa aq...Pahit dan manis..Semuanya lengkap.

Aq mendaftar sebagai pelatih PLKN pada 31 Januari 2007, sehari selepas umat Islam menunaikan Raya Haji. Memang waktu permulaannya aq sakit hati sangat kene panggil, coz setahu aq juz pelajar yang tidak aktif sahaja yang akan dipanggil, tapi aq turut menjadi mangsa sekaligus menafikan persepsi aq selama ini. Aq terpaksa pergi dengan bas yang disediakan..Di tapak ekspo Temerloh.

Aq menjalani PLKN di Rompin Pahang. Secara tepatnya di Kem Summerset resort, Kuala Rompin, Pahang. Ditempatkan di dorm ke 8 dan mendapat kumpulan delta bukanlah sesuatu yan indah padamulanya, namun tempoh tiga bulan mengubah segalanya. Disinilah tempat aq belajar macam macam perkara tentang hidup, yang tidak pernah aq belajar dari buku text kementerian pendidikan selama ni.

Inilah serba sedikit coretannya....

1. Hidup dengan mereka yang bodoh

Selama ni, aq menganggap aq lah yang padai di kem tersebut coz aq je antara budak berasrama penuh yang ade di kem tersebut. Tapi sangkaan aq meleset. Sebodo bodoh mereka, mereka jugatahu apa tu persahabatan, kepercayaan, kerjasama dan sebagainya. Walaupun aq akui, dorm aq adalah dorm yang paling nakal, tapi aq tahu mereka bukan budak jahat. Dari situ jugalah aq belajar untuk bergaul.

2. Bergaul dengan orang tua.

selama ini jugak aq susah nak interact dengan orang tua selain daripda ahli keluarga aq. Tapi jurulatih diPLKN berbeza. Mereka yang berusia melayan kita semua bagai anak anak sendiri, tanpa diskrimnasi.

3. Cina, melayu, india

Ya, disini, kami hidup bersama antara satu sama lain. Bukan nak mengada adakan cerita, tapi aq yakin modul plkn adalah experimentasi pihak kerajaan yang paling berjaya untuk model perpaduan. Salah sorang kawan bail aq pon cina (AH HO) dan jugak India ( Johny).

4. Cinta?

Ya, disinilah aq kenal dengan MIchi dan Pija. Michi adalah perempuan aneh pada anggapan aq. Mugkin nerd. Dia suka berhubung dengan aq melalui post-it-out note, terutamanya sewaktu kelas kenegaraan berlangsung. walaupun aq xde hati padanya, namun aq layan jugak, coz takut dia kecewa. Yag special adalah Pija. Aq langsung x tahu yang dia tergila gilakan aq sehinggalah minggu terakhir latihan kami. Sayang betul. Aq kenal dengannya sewaktu aq menjadi posmen kawanku yang tergila gilakan die. Patutlah selama ini, sewaktu aq beri surat padanya, mukanya masam je...Tapi yang paling malang, sekarang ni dia da ade anak ma..(bini orang da, hahaha)

5. Disiplin

Yang i x boleh buat ape la kan, nama pon latihan ala tentera. Pernah member aq kene dera picit telor coz mencuri RM 0.50 dan jugak sebungkus nestum 3 in 1. Azab! Pernah jugak kami satu dorm terpaksa angkat katil tidur di padang kawad coz kesilapan sorang mmber yang x stress kan cadarsebelum keluar dorm. Walaupun sakit, tapi best. Aq anggap tu semua kenangan mnis. Belum lagi bab aq kene jentik hidung 20 kali coz terlupa nak cukur 3 hilai misai,,N jugak kene mandi kolah dari jam 3 pagi sampai jam 6 pagi coz x kiwi kasut..hahahaha.

Tulah antara memori bahagia yang aq lalui. Tapi ada gak jenayah yang kami buat swktu di kem..Rahsia bham tapi, hari ni aq kantoikan korang wahai kawan kawan ku. Antaranya:

1. Keluar beli rokok sembunyi sembunyi.

Yang ini aq x join, tapi member aq yang buat. Besaklah, bekalan xde, terpaksa la kan, Lagipon harga sebatang rokok di PLKN melambung sampai RM 2 sebatang.
Nak beli pon susah, kene rentas hutan pantai lebih kurang 10 km, senang kata kalau keluar hari ahad jam 10 pagi, mesti sampai bilik dalam jam 4 petang punye..dengan risiko kene sondol babi hutan lagi..hahaha

2.Mandi kolah ala ala waterpark

Yang ini aq rase berdosa sikitcoz aq pon terlibat. Kami suka mandi ramairamai jam 6 petang dengan berendam ramai ramai dalam kolah. Best ma, siap aq yang bergayut atas siling, pastu terjun dalam kolah (x pelok la kalau ade ramai yang mati waktu latihan). Pastu waktu malam kami buang air kotor tersebut dan tadah lagi sepanjang malam. Memang ,membazir, tapi best..Hehehehe

3. Berdating(ala ala berkhalwad)

Kami suka berdating pada waktu rondaan malam, sentri. Kami seramai 6 lelaki dan 6 perempuan akan bersepakatambil tugas rondaan dan sewaktu orang tidur, lami pon merendek (tapi x buat benda bukan bukan ok). Pernah Jugak member aq terserempak hantu tyme dating, muahahahahaah!!! Itulah antara perkara yang sukar nak dilupakan.

4. Panjat atap dorm

Benda ni dengar aje macam biasa biasa, tapi diklasifisikasikan serius (mungin dakwaan kemungkinan bunuh diri). Aq pernah panjatatap coz nak ambil bola takraw yan tersangkut, tapi ntah macam mana aq terkantoi dengan ketua jurulatih, Berterabur kami lari. Memang malang waktu tu, aq terlekat pada kawad berduri n luka teruk jugaklah punggung aq(auww). X abe dengan tu, kene plak denda..

5. Patahkan tiang bendera negeri pahang

Hahahaahaha, yang ni pecah perut kalau aq teringatkan balik. Cerita nya macam ni, waktu tu kami kene sentri maam (dating, hehehe). Nak dijadikan cerita ada lah member aq namanya Ibnor main tiang bendera tu kononnya nak tunjuk kaut kat awek die, sekali tiang tu patah. Tian tu kami gunakan sebagai penanda sudut ntuk berkawad. Memang dia tak boleh nak lari lagi da. Besoknya dia kene denda pacak kan bendera tu kat dalam seluar nya selama seminggu. Kalu dia tanggalkan memang lagi teruk la dia kene. So, benda tu nampak seakan akan ekor. NAk kawad, kene letak dalam seluar celoreng. Nak mandi kene letak dalam tuala, nak berak? wallahualam..Hahahaha

6. Main pinggan ala ala boomerang

Yang ni po satu hal. Di PLKN kami dibekalkan denga tray besi yang perlu kami bawa sewaktu makan ke dewan makan. Sepanjang perjalannan ke dewan makan, kami suka baling tray tu kearah pokok(besh, cam ninja je) ade satu hari tu, aq nampak burung atas pokok, aq pon baling la ke arah burung tu, sekali tray aq tersangkut atss pokok. memang malang, sekali jurulatih aq lalu tempattu, dia tanya la kat aq kenapa aq x makan lagi n sibuk dok tenung pokok tu, aq cakap la aq tunggu member. Sekali kebetulan tray tu jatuh dari pokok dan terhempas atas kepala dia..Malam tu jugak aq kene rendam dalam kolah..hehehe

Tuajelah antara yang sempat aq coretkan malam ni...papehal pon, PLKN memang best!!

No comments:

Post a Comment