Monday, May 25, 2009

Cetusan hati seorang lelaki


Masih lagi terasa memberat di kepala dengan setiap perkataan cina yang baru dipelajari dalam masa dua minggu kebelakangan ini. Setiap malam yang sepatutnya lena dibuai mimpi pon hilang rase enaknye apabila tertekannya rasa hati yang perlu mengarahkan otak menghafal setiap chinese character kerana ujian yang selalu sangat diadakan tiba2x

Dalam sibuk belajar, perkara pelik sentiasa berlaku dan sampai ke pengetahuan aq, x kira lah dari hal politik semasa, sehinggalah masalah manusia manusia yang wujud di unimas. Kadang kadang rasa kasihan, tetapi lebih banyak yang menyampah muncul dalam hati bila terus dikenang.

Dari masalah kawan yang selalu sangat ada , masalah dengan buah hati sampai lah ke goloongan yang anti lelaki, sesunnguhnya aq merasa sangat kasihan dengan keadaan mereka.

Ambil contoh, bila seorang pelajar wanita ini benci akan perkataan kapel, setiap masa yang ada dalam hidupnya hanya banyak diisi dengan umpat keji terhadap apa yang dikonsepkan dengan kapel. pelbagai keburukan mengenai benda ini dikorek dan sengaja disiar dan dihebah hebahkan seolah olah berkempen agar orang ramai berdiri seangkatan dengannya menentang amalan kapel. Bila difikirkan balik, masalah peribadi beliau hanyalah benci kepada lelaki yang telah meninggalkannya, lalu dia bertindak memboikot setiap lelaki kerana pada pandangan hatinya yang buta, lelaaki semua adalah sama, pembawa masalah. Takkan tercipta Adam jika tiada hikmah diciptakan kejadian sebegini rupa dan tidak tercipta Hawa jika konsep berpasangan ini tidak direstui tuhan

Apabila aq terus mengorek permasalan ni, timbul pula pelbagai pesoalan lain, kenapa mesti dia keras hati dan terus berpegang pada pemikirannya yang jahil? Adakah mereka fikir, tanpa lelaki, mereka akan wujud di dunia ini dan berpeluang untuk memiliki bapa tepah mencurah kasih dan bergantung harap?Siapa kita untuk terus memegang prinsip ini? Besar sangatkah kita? Atau hanya besar kepala?

Sama sama la kita fikirkan

Sunday, May 17, 2009

SYukur la duduk Malaysia oi


Dua tiga hari ni, isu makanan menjadi sangat di UNIMAS, terutamanya bagi mereka yang balik. Setakat perkataan lapar 2 dah jadi ayat lazim kat dalam facebook. Kafe yang bukak pon just Cafe Water tower, itupun, makanan dia limit giler, n kami semua xde pilihan. Just makan or kebuluran la sepanjang hari.

Dalam pada tu, masih ade banyak lagi manusia yang masih suke mengutuk makanan yang disediakan dan x reti reti nak bersyukur dengan apa yang ade. Mulalah berkata kata, makan setaraf makanan anjing la, sayur macam sayur tepi longkang la, nasi keras buat orang tercekik la..dan acam macam lagi. Pastu, kadang kadang mulalah nak menyuruh orang yang duduk kat luar tolong tempahkan mcD, KFC, Pizza hut dan sebagainye lah coz hanya makanan ni yang berkelas di mata mereka, Kasihan.

Apa yang membuat ego seseorang manusia tu terlalu memuncak sampai sanggup mengutuk orang yang rela menyediakan makanan di waktu kita semua kelaparan ni. ade jugak yang sanggup buang makanan, sedangkan mereka x tahu, berapa ramai lagi yang terbaring menahan lapar kat kolej coz x sempat nak beli makanan. Aq da nampak kebodohan rakyat Mlaysia yang x pernah nak reti brsyukur kat sini.

Kelmarin aq ade dengar mamat mamat indon yang buat consstruction kat sebelah cafe lake view ade luahkan perasaan sesama mereka, betapa mereka sussah nak mendapat makanan, tapi bebudak UNIMAS ni bley la plak trus attack makcik cafe tu ari ari masak lauk yang same je. Lauk pon cket. Malu pulak aq waktu tu. Makcik cafe cakap kat aq, dia bukak cafe ni pon atas dasar kasihan kat bebudak UNIMAS, tp ini pulak balasan atas kebaikan yang die beri..Bila difikirkan balik, memang la hati bebudak ni da semakin gelap

Syukur la atas apa yang kita dapat.

Monday, May 11, 2009

Respek la oi

Pernah la jugak member aq tanye pade aq, kenapa ko x suke ngan orang yang suke main mesej waktu tgh berborak. Jawapan aq simple je," respek la orang cket"

Skarang ni da jadik macam trend, kalo sehari manusia tu x pegang henset, hidup mesti x lengkap. Orang yang xde henset ataupon memiliki henset murah akan dianggap ketinggalan dan kuno, siapa yang mula stereotaipkan benda ni? Ntahla. Kalo dia dah mati, mesti sakit tanggung dosa sakitkan hati manusia manusia 'kuno' ni tadi

Komunikasi 2 hala adalah amat pentinng. Bila anda bercakap dengan seseorang, adalah sangat tidak wajar anda tidak memberi perhatian terhadap apa yang ingin mereka sampaikan. Fahami la hati manusia, ada yang sensitif dan ade jugak yang open, tapi siapa dapat bace hati manusia sejujurnya. Mungkin di lubuk hati diorang, mereka sangatlah terluka, cume xde keberanian nak meluahkan aje.

Kesimpulannya, kalau berborak ngan aq, janganlah sibuk nak main msg la, call la. Kalo urgent xpe, ni kalo da gaye macam melayan awek@balak sampai aq pon maca da x wujud, baik angkat kaki sebelum kene maki

Mr J - bercakap dari pengalaman

Sunday, May 10, 2009

KASIHANNYA GOLONGAN MANUSIA INI>>>



Yep, mungkin kali ni aq akan menulis segalanya dengan sepenuh hati dan agak beremosi. So, kalau ada sape sape terasa dan x bersetuju, just response to me. I'm OKwith it First aq just nak meluahkan tentang satu penyakit bangsa Malysia yang da semakin parah. Pencampuradukan dan pengukuhan nilai bahasa melayu semakin terhapus dek pengagungan bahasa penjajah. Em, mungkin ayat aq agak skema, jadi, aq akan lebih kasualkankan ayat aq. Bila aq berbual beberapa orang rakan, aq dapat tengok, ramai yang da nak jadik celop dengan memperadukkan bahasa melayu kita dengan bahasa inggeris, aq x taw la ape masalah diorang sebenarnye, mungkin da terlatih bilingualism sejak dari kecil or memang da lame berangan angan nak jadi penulis subtitle drama tv, tapi hajat tak kesampaian. Kesian. Tapi, memang da stereotaip orang melayu, bila aq nak suarakan benda ni, mulalah melenting, dan mula kutuk belakang. Akan keluarlah segala macam sumpah seranah lahanat syaitan macam pak imaam kat masjid dok berzikir semata mata nak pertahankan keegoan diri (nak cover bagus sebenarnye). Susah sangat ke, or memang da rase amat amat educated ala ala Rudyard Kipling bila bercakap macam tu? atau sememangnya orang melayu amat bodoh, jadi terasa malu bila nak berkata kata bahasa sendiri? (Mungkin kita ni bangsa hina , coz pernah dijajah, jadi, jom la join penjajah). Ape benar ini semua? Bahasa Inggeris memang tak dapat dinafikan lagi adalah bahasa ilmu. Orang yang buta inggeris akan dianggap bodoh dan tidak bertamadun bila buta English. Jadi, kerajaan prkenalkan PPSMI. ya, aq memang sokong PPSMI, xde bangkangan. Yang aq hairankan cume segelintir manusia yang lupe diri, siapa dia sebenarnye. Tak ke dia lupa darah bangsa apa yang mengalir dalam setiap aorta,vena, arterinya? Tak ke dia rasa bersyukur masih hidup aman dalam lingkungan bangsanya? x ke dia berasa bersyukur masih hidup dalam identiti bangsanya? (X taw la kalau mereka ni Jawa tegar, banjar tegar, minangkabau tegar, mamak tegar, or segala apa yang tegar sampai ego nak guna bahasa asing jugak). Mungkin jugak mereka ni sebenarnye bercita cita nak belajar oversea, tapi x cukup layak. so, bile dapat speaking tu, kire da cukup hebat dan memang da cukup layak da sebenarnye. Ya atau tidak? sendiri muhasabah diri la, ORANG MELAYU OI!!! Mungkin kata kata aq ni terlalu offensive. Aq pon guna english gak, tapi birlah berpada pada. Jangan la kera di hutan disusukan, anak di rumah mati x makan. Jangan sibuk nak perjuangkan maruah bangsa kalau diri sendiri yang jadi perosak, barah yang membunuh dalam diam tubuh bangsa itu sendiri.

Saturday, May 9, 2009

Bila hati bermonolog



aq mencari tenang..
dalam titik titik gerimis pagi..
aq mencari tenang, dalam paradocnya jiwa mnhadapi dunia..
langkah kaki x pernah terhenti,
walau terkadang kaki ini tersepak tunggul berduri..
terjatuh kerna x kentalnya keyakinan diri..

melankoliknya gwa,
bila ape yang digelar sahabat..
menjadi pisau yang menikam dalam diam..
menjadi barah yang merosakkan perjalanan ini..
bukan beribu, cuma satu..
tapi cuma yang tunggal ini berubah jadi racun..
jadi duri..

indah bila ada kekasih pengubat lara..
penghapus derita..
pemangkin bahagia..
tapi bile sidia diam x bersuara,
langit siang jadi kelam,
langit malam berbalam balam..
bintang x timbul di dada langit..
cuma dentuman guruh yang membingit..
terkadang insan itu melirik sayu..
tapi terkadang juga x siapa tahu..
di sebalik sayu itu penuh dengan penipuan..
aq lah mangsanya..

Serigkali tugas membataskan minat..
jadi penghalang di waktu lapang..
pembunuh dikala riang..
komitmen melangkaui sempadan kemampuan..
keinginan beraja di hati..walau tergoyah juga nak kuhadapi..
aqkah yang salah??

badai ini akan terus melanda..
tanpa henti..dengan kegilaan..
selagi aq..

.......................
.......................
......

jackyll, 0500, 03032009

Saturday, May 2, 2009

21 pantang utama Mohd Jamal bin Ishak

Setiap manusia yang hidup atas muka bumi tuhan ni ada macam macam perangai, dari yang terselindumg mahupun yang sengaja ditonjolkan. Aq pon ade sifat aq yang orang ramai masih x perasan dan aq x pernah lagi berniat yang kongsi semua benda tu. Kat sini aq cuma nak senaraikan benda yang aq x suke dan jugak menjadi prinsip hidup aq sejak aq mula bernafas sampai la sekarang.

1. Pantang orang yang x punctual dan suka lengahkan masa.

2. Aku benci menunggu dan ditunggu

3. Aku sangat anti dengan orang yang memegang henset dan main mesej sewaktu berbual dengan aku

4. Aku benci orang kutuk ape yang aku suke. Kalo nak kutuk, kutuk belakang, tapi jangan sampai aq dengar

5. Aku tak suke berkawan dengan orang yang terlampau sosial sampai
terlupa batas pergaulan

6. Aku x suka dipergunakan.. nak nak dengan perempuan

7. Aku x suka orang yang seksis, yang suka gunakan alasan gender

8. Aku jenis yang tak suka marah orang, walaupun nampak garang

9. Aku adalah seorang yang mudah memaafkan. Marah macam mane pon, kalau orang tu mintak maaf, sekelip mata je marah tu hilang

10. Aku benci perasaan waktu xde duit, rase nak bunuh orang je.

11. Aku benci perasan kesunyian dan terasing

12. Aq benci orang yang sukeberdating n tunjuk kat orang yang dia da berpunya. Macam orang xde akhlak je..murahan punyer spesis

13. Aku xde awek, so what?!!

14. Aq benci orang pinjam novel or komik aq tapi x pulang pulang

15. Aku x suke mintak balik barang yang orang pinjam dari aq. pandai pinjam pandai la pulang, jangan sampai aq sendiri yang sound

16. Aku x suke orang yang banyak membebel

17. Benci orang potong barisan

18. Tak suke orang mencarut..nak nak lak pempuan

19. Tak suke balik rumah, coz aq rasa sayu tengok ayah aq susah carik duit. Rase macam nak berhenti dari U je

20. Kurang suka budak datang ramai ramai datang bilik aq sampai tengah malam

21. Aku tak suke manusia yang jenis music-oriented. Tau nak memekak je

Aku rase, itu je pantang pantang aku setakat ni, ade yang baik dan membina dan ade jugak yang negatif dan merosakkan aq. Mudah mudahan aq dapat baiki diri aku. Amin.