Friday, April 23, 2010

Benda yang Buat aq gila..sejujurnya




Xde ape pon sebenarnye..tajuk je nak buat gempak. Tapi, kebenarannye ade jugak la..aq x study satu malam semata mata nak habiskan bace novel ni je..da la skang ni minggu exam..kuakuakua

Novel cinta sufi~ nilah benda yang buat aq gila..10 jam bace tanpa henti, taw taw je da abes satu buku..kalo x, lagi awal abes, dalam enam jam je, tapi dok membacasambil tengok TV, agak lambat jugakla jadinye..

Em sinosis..secara ringkas, novel ni merupakan kesinambungan trilogi bagaikan puetri yang terdiri daripada tiga buah novel iaitu bagaikan puteri, cinta sang ratu n hijab sang pencinta. Kisahnya mudah, camne sorang alim yang bernama laksamana sunan melawan kejahatan sewaktu kurun ke 15..kehebatan seorang hamba Allah yang sentiasa diuji..

Secara detail plak, novel ni bermula dengan kisah seorang balu seorang pahlawan portugis(CATALINA) di Lisbon yang menerima mimpi tentang pertemuan dengan seorang wanita bernama Maryam di Tanah melayu (kurun ke 15). Disebabkan rasa ingin tahu mengenai misteri wanita tu, dia perlu ke tanah melayu (melaka) untuk mencari lelaki bertanduk dua yang kononnya mengetahui lokasi maryam di melaka seperti mana yang diilhamkan Maryam di dalam mimpinya.

Lelaki bertanduk dua yang dimaksudkan adalah laksamana tanah melayu( laksamana sunan aka saifuddin) yang berada dalam keadaan yang menyedihkan setelah pulang dari pengembaraan masa ke abad 21 (rujuk novel hijab sang pencinta). Dia yang alim dikatakan lelaki bertanduk dua coz urat yang melingkar katdahinya membentuk tanda seakan tanduk (kalo orang alim, bese la kan kita nampak dahi diorang gelap sikit).

Melaka plak pada masa tu, baru dijajah portugis and sultan melaka menyorok kat pahang. Hang tuah melarikan diri ke hutan melaka, bina strategi nak rampas balik melaka melalui hulu melaka bersama denga hang lekiu ngan panglima awang bagan. Kat dalam cite ni, ditunjukkan kesaktian hang tuah yang *****(bace sendiri, saspen cikit)

Laksamana sunan pula dijadikan hamba oleh catalina coz dia kehilangan kudrat sehinggalah beliau diselamatkan bangsa polip (manuisa bersayap~ wujud sejak zaman nabi adam.) Katempayar polip ni, laksamana sunan disembuhkan oleh bangsa polip ni tanda bangsa ni berterima kasih n terharu ngan perjuangan suci laksmana sunan memrangi kejahatan kat bumi tuhan ni.

Dalam masa yang sama, ade pompuan bangsa polip n yang jatuh cita dengan sunan. Catalina pon sebenarnye da lame cintakan sunan. So, kira cinta tiga segi la ni, tapi semua malu coz diorang taw sunan ni orang baik.

Oh ya, musuh utama dalam cite ni macam beselah, namanya taghut, musuh sejak novel bagaikan puteri lagi. Pembantunye, putri kober gandring, sepupu taming sari yang nak bunuh hang tuah coz rampas keris taming seri. Dalam cite ni, kuasa kesaktian dua ekor ni jangan cite la. Taghut nak bunuh hang tuah n kober gandring nak bunuh hang tuah.

Adoi, da x larat nak taip la.....bace je la rumusan aq..

Kenapa cite ni best,,

1) Penulis ni pandai kaitkan semua sejarah melaayu dengan perjalanan cite ni, semuanya diolah dengan baik sampai kite terkeliru dengan sejarah sebenar.

2) Misteri siapakah maryam yang nak dicari catalina, siapa dia?? sampai cataina sanggup belayar dari portugal nak cari maryam
~ jawapannya : maryam adalah masa depan catalina sendiri lepas memeluk islam. Semangat nak bagi hidayah kat kehidupan masa silamnye sendiri menyebabkan hijab masa silam maryam terbuka n bjumpa dengan diri asalnya. namun bila da sampai hulu melaka, xde pon orang nama maryam,,maryam sebenarnye nak dia yang dulu(catalina) menempuh perjalanan bersama laksamana sunan yang alim n belajar agama n makna sebenar disebalik perang, n impian ni berjaya.

3) Camne penulis kaitkan naga tasik chini, hikayat hang tuah, taming sari, perang melaka portugis, ashabul kahfi, raja romania, puteri gunung ledang dan lagenda kesaktian keris naggroe amat mengujakan aq.\

4) Ending cite ni, babak beralih ke abad ke 21, dimana catatan perjalanan maryam aka Catalina bersama keris naggroe milik laksmana sunan dipaparkan menjadi monumen sejarah bernilai jutaan euro di museum portugis milik keturunan maryam. So, misteri kehilangan keris naggoe selama ni terjawab; tiada di malaysia tetapi menetap di portugal. Namun, pada akhir cite, keris n catatan ni hilang...satu persoalan yang akan membawa kepada penghasilan novel seterusnya..BIJAK!!

5)Unsur islamik yang dibawa sangat menusuk jiwa..digarap secara tepat, halus dan berhemah.

6) teknik penceritaan yang x serabut..straight forward..nak nak babak peperangna kat hulu melaka n peristiwa perjalan sunan n catalina ke hulu melaka, I love it

Kesimpulannya~ ni novel paling best pernah aq bace selain daripada trilogi pertamanya , bagaikan puteri