Wednesday, February 17, 2010

Semuanya duit


Hari terasa cukup stress n penat coz seharian asek pk pasal duit je. Esok (18 feb) nak pg bako, dalam tangan kene jugak la ade at least RM 40, padahal, dalam saku kering aq ni adalah dalam RM 7. Memang benda ni sangat mengazabkan..

Belom masuk nak kene bayar duit Lawatan Industri lagi, ade la jugak smpai cecah RM 500. Tiket flight pon aq belom bayar lagi..Nak tempah blazer, kene la ade dalam RM 80 paling kurang..duit sewa kete nak pg tempah blazer da satu hal..duit minyak lagi.

Masuk pulak untuk kem kepimpinan PRIMU..Kene jugak sediakan RM 50 untuk berurusan dengan pihak Kem alapong..Duit keta ngan makan makan. Tambah plak kalau HEP x luluskan budget yang dimintak, kene la keluar RM 30 seorang..aduii...serabut

Minggu lepas elok elok aq ade duit, kene la plak bayar duit baju untuk MT exco primu, gelaplah duit aq RM 60..duit yuran kelab pon x bayar lagi RM 5, duit baju lame x bayar lagi RM 35, duit futsal kene ganti RM 65...erk

Kite pergi plak hal peribadi..kalo nasik kafe bunga raya, kene la jugak bayar at least RM 3..paling murah la krenye tu kalo juz tambah lauk..Tu pon da kire beruntung kalo dapat makan nasik, kalo sekang ni pon, megi pon kira cukup lazat bagi aq.

Bila dihitung semua jumlah ni, memang ase sesak dada..Duit PT pon da x cukup nak cover semua ni...

So, sape cakap tugas student juz belajar n x payah pk hal hal luar cam ni?????
Bila nak kuarkan statement bodoh camtu, tgk balik kira kira rough aq ni

Monday, February 15, 2010

Sejuk!!

Ari ni aq terbangun agak awal, juz nak grab selimut n cek inbox facebook..hahaha, typical malaysian culture rite..

Memang agak kecewa coz x jumpa apa yang dicarik..

Lantas, kututp semula mata..sambung belayar kat alam mimpi

zzzzz

Ingat rumah la plak..


Mungkin aq nampak garang tyme ni, memang pon, tengah emo coz ade sekor ayam ni dok curi makanan kucing aq..memang la ayam tu nak mati,,nasib baik ayam orang, kalo x, makan ayam goreng aq hari tu


Yang putih ni pak, kucing kesayangan aq, Luffy. Aq beri name ni sempena nama watak manga yang paling aq gila. Luffy ni spesel, dia dengar cakap aq je..N satu penyakit die, dia pantang nampak aq , mesti dok berlari cari kaki aq nak bgesel..apara..haha


Time ni jugak lah aq teringat kat rumah..bukan homesick, juz terkenang kenang. Ni adik bongsu aq, soffian. Yang paling rapat ngan aq selain dari kak aq

Benci diri sendiri...

Sekarang ni adalah waktu yang paling kritikal bagi aq. Sedang bertarung ngan perasaan sendiri. Nak telan mati emak, nak diluah mati bapak, nak buat dono mati pucuk,,eh..hahaha

Ni semua pengalaman dulu dulu punya pasal la ni, kalau la aq xde pengalaman sepahit tu, xde la aq takut takut nak luah perasaan macam sekarang. Memang takut..Takut kene rejek, takut jadi orang asing, takut btepuk sebelah tangan, takut kene rampas..memang semuanya menakutkan.

Dulu pernah ngan sorang budak tu, ade confess sekali, terus nak dekat satu semester dia x cakap ngan aq..Nak pandang muka aq pon dia segan, padahal kawan baik. Da abes sekola barula kami berani berborak balik, tp tu pun juz dalam talifon..Sorang lagi palk, suka btol main tarik tarik tali ni..Kalau suka ckap suka, kalau x tolak..senang, abes citer..xde la terseksa jiwa yang da memang terseksa ni.

Skang ni, februari 2010, perasaan yang aq benci ni datang balik. Kenapa la perasaan ni datang tyme x seswai camni?
Xde waktu len ke?
Memang xdir aq camni ke?

Perasaan ni memang buat aq bencikan diri aq sendiri..

Batman UNIMAS

Sejak bermulanya cuti raya cina ni, aq rase putaran hidup aq sudah pun mula terbalik, lawan arah jam. Kalu dulu, waktu aq tidur aq malam, sekarang, aq dah pon jadi Batman. Siang pulak yang senang nak lelapkan mata, malam tu, kalau nak tidur, kene la buka lecture note, baru la bahagia nak tidur.

Sepanjang malam, aq menghabiskan masa layan internet, sampai da tak taw nak bukak web ape lagi da. Onemanga, alaf 21, facebook, watch-onepiece, sume benda yang berulang ulang je aq buat. Kalau da bosan extrem, layan je la citer jepon yang aq simpan buat pekasa dalam external...

Selalu jugak aq ke bilik Paris, layan Counter strike ngan bebudak cempaka..Sebenarnya, aq bukan nak main sangat game, juz nak carik teman berbual je..At least aq taw Faris paham pasal aq n aq boleh percaya katdia. Yela, zaman sekarang ni, ramai yang jenis berkawan kat depan, tapi tikam kat belakang. Nak carik teman sejati bukan lagi perkara mudah. Tapi nak carik musuh cukup senang, cukuplah dengan sepatah perkataan keluar dari mulut yang kurang ajar, mesti bleh dendam 7 keturunan.

Dlm pada usaha membusykan diri, sempat la jugak aq merayap merata tempat cuti2x ni. Air terjun, bunga api, semua words yang kebiasaan berkumandang kat bilik aq. Yela, kalau waktu biasasorila nak pergi. Semua busy ngan kuliah n assignment, tyme cuti cenggini barulah semua leh bagi komitmen.

Apepahalpon, malam ni aq tetap seperti biasa, menjadi Batman di UNIMAS

Sunday, January 24, 2010

Kisah Tauladan : Tapi..Papa buat kat mama boleh...

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah padasatu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norishyang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cumayang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bilayang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Saturday, January 23, 2010

PLKN~ Memori yang x dapat diganti




Tahun baru da pun hampir sebulan menjengah. Macam 2x perkara yang berlangsung dalam masa sebulan ini. Petang semalam, sewaktu aq sedang melintas dekat waterfront, tiba tiba aje aq ternampak bas yang terpampang logo Khidmat negara. Of couse la kan, coz bulan januari setiap tahun adalah sesi panggilan pertama untuk Program Latihan Negara. Waktu itu jugaklah berderu deru memori sewaktu aq menjalani hidup sebagai seorang pelatih PLKN menyerang jiwa aq...Pahit dan manis..Semuanya lengkap.

Aq mendaftar sebagai pelatih PLKN pada 31 Januari 2007, sehari selepas umat Islam menunaikan Raya Haji. Memang waktu permulaannya aq sakit hati sangat kene panggil, coz setahu aq juz pelajar yang tidak aktif sahaja yang akan dipanggil, tapi aq turut menjadi mangsa sekaligus menafikan persepsi aq selama ini. Aq terpaksa pergi dengan bas yang disediakan..Di tapak ekspo Temerloh.

Aq menjalani PLKN di Rompin Pahang. Secara tepatnya di Kem Summerset resort, Kuala Rompin, Pahang. Ditempatkan di dorm ke 8 dan mendapat kumpulan delta bukanlah sesuatu yan indah padamulanya, namun tempoh tiga bulan mengubah segalanya. Disinilah tempat aq belajar macam macam perkara tentang hidup, yang tidak pernah aq belajar dari buku text kementerian pendidikan selama ni.

Inilah serba sedikit coretannya....

1. Hidup dengan mereka yang bodoh

Selama ni, aq menganggap aq lah yang padai di kem tersebut coz aq je antara budak berasrama penuh yang ade di kem tersebut. Tapi sangkaan aq meleset. Sebodo bodoh mereka, mereka jugatahu apa tu persahabatan, kepercayaan, kerjasama dan sebagainya. Walaupun aq akui, dorm aq adalah dorm yang paling nakal, tapi aq tahu mereka bukan budak jahat. Dari situ jugalah aq belajar untuk bergaul.

2. Bergaul dengan orang tua.

selama ini jugak aq susah nak interact dengan orang tua selain daripda ahli keluarga aq. Tapi jurulatih diPLKN berbeza. Mereka yang berusia melayan kita semua bagai anak anak sendiri, tanpa diskrimnasi.

3. Cina, melayu, india

Ya, disini, kami hidup bersama antara satu sama lain. Bukan nak mengada adakan cerita, tapi aq yakin modul plkn adalah experimentasi pihak kerajaan yang paling berjaya untuk model perpaduan. Salah sorang kawan bail aq pon cina (AH HO) dan jugak India ( Johny).

4. Cinta?

Ya, disinilah aq kenal dengan MIchi dan Pija. Michi adalah perempuan aneh pada anggapan aq. Mugkin nerd. Dia suka berhubung dengan aq melalui post-it-out note, terutamanya sewaktu kelas kenegaraan berlangsung. walaupun aq xde hati padanya, namun aq layan jugak, coz takut dia kecewa. Yag special adalah Pija. Aq langsung x tahu yang dia tergila gilakan aq sehinggalah minggu terakhir latihan kami. Sayang betul. Aq kenal dengannya sewaktu aq menjadi posmen kawanku yang tergila gilakan die. Patutlah selama ini, sewaktu aq beri surat padanya, mukanya masam je...Tapi yang paling malang, sekarang ni dia da ade anak ma..(bini orang da, hahaha)

5. Disiplin

Yang i x boleh buat ape la kan, nama pon latihan ala tentera. Pernah member aq kene dera picit telor coz mencuri RM 0.50 dan jugak sebungkus nestum 3 in 1. Azab! Pernah jugak kami satu dorm terpaksa angkat katil tidur di padang kawad coz kesilapan sorang mmber yang x stress kan cadarsebelum keluar dorm. Walaupun sakit, tapi best. Aq anggap tu semua kenangan mnis. Belum lagi bab aq kene jentik hidung 20 kali coz terlupa nak cukur 3 hilai misai,,N jugak kene mandi kolah dari jam 3 pagi sampai jam 6 pagi coz x kiwi kasut..hahahaha.

Tulah antara memori bahagia yang aq lalui. Tapi ada gak jenayah yang kami buat swktu di kem..Rahsia bham tapi, hari ni aq kantoikan korang wahai kawan kawan ku. Antaranya:

1. Keluar beli rokok sembunyi sembunyi.

Yang ini aq x join, tapi member aq yang buat. Besaklah, bekalan xde, terpaksa la kan, Lagipon harga sebatang rokok di PLKN melambung sampai RM 2 sebatang.
Nak beli pon susah, kene rentas hutan pantai lebih kurang 10 km, senang kata kalau keluar hari ahad jam 10 pagi, mesti sampai bilik dalam jam 4 petang punye..dengan risiko kene sondol babi hutan lagi..hahaha

2.Mandi kolah ala ala waterpark

Yang ini aq rase berdosa sikitcoz aq pon terlibat. Kami suka mandi ramairamai jam 6 petang dengan berendam ramai ramai dalam kolah. Best ma, siap aq yang bergayut atas siling, pastu terjun dalam kolah (x pelok la kalau ade ramai yang mati waktu latihan). Pastu waktu malam kami buang air kotor tersebut dan tadah lagi sepanjang malam. Memang ,membazir, tapi best..Hehehehe

3. Berdating(ala ala berkhalwad)

Kami suka berdating pada waktu rondaan malam, sentri. Kami seramai 6 lelaki dan 6 perempuan akan bersepakatambil tugas rondaan dan sewaktu orang tidur, lami pon merendek (tapi x buat benda bukan bukan ok). Pernah Jugak member aq terserempak hantu tyme dating, muahahahahaah!!! Itulah antara perkara yang sukar nak dilupakan.

4. Panjat atap dorm

Benda ni dengar aje macam biasa biasa, tapi diklasifisikasikan serius (mungin dakwaan kemungkinan bunuh diri). Aq pernah panjatatap coz nak ambil bola takraw yan tersangkut, tapi ntah macam mana aq terkantoi dengan ketua jurulatih, Berterabur kami lari. Memang malang waktu tu, aq terlekat pada kawad berduri n luka teruk jugaklah punggung aq(auww). X abe dengan tu, kene plak denda..

5. Patahkan tiang bendera negeri pahang

Hahahaahaha, yang ni pecah perut kalau aq teringatkan balik. Cerita nya macam ni, waktu tu kami kene sentri maam (dating, hehehe). Nak dijadikan cerita ada lah member aq namanya Ibnor main tiang bendera tu kononnya nak tunjuk kaut kat awek die, sekali tiang tu patah. Tian tu kami gunakan sebagai penanda sudut ntuk berkawad. Memang dia tak boleh nak lari lagi da. Besoknya dia kene denda pacak kan bendera tu kat dalam seluar nya selama seminggu. Kalu dia tanggalkan memang lagi teruk la dia kene. So, benda tu nampak seakan akan ekor. NAk kawad, kene letak dalam seluar celoreng. Nak mandi kene letak dalam tuala, nak berak? wallahualam..Hahahaha

6. Main pinggan ala ala boomerang

Yang ni po satu hal. Di PLKN kami dibekalkan denga tray besi yang perlu kami bawa sewaktu makan ke dewan makan. Sepanjang perjalannan ke dewan makan, kami suka baling tray tu kearah pokok(besh, cam ninja je) ade satu hari tu, aq nampak burung atas pokok, aq pon baling la ke arah burung tu, sekali tray aq tersangkut atss pokok. memang malang, sekali jurulatih aq lalu tempattu, dia tanya la kat aq kenapa aq x makan lagi n sibuk dok tenung pokok tu, aq cakap la aq tunggu member. Sekali kebetulan tray tu jatuh dari pokok dan terhempas atas kepala dia..Malam tu jugak aq kene rendam dalam kolah..hehehe

Tuajelah antara yang sempat aq coretkan malam ni...papehal pon, PLKN memang best!!