Friday, January 14, 2011

3 Idiots~ Nafas baru filem Bollywood

Selamat tahun baru aq ucapkan kepada semua pembaca yang sudi datang ke blog yang seberapa ni. Bersempena tahun baru ni, bersepahlah rancangan rancangan televisyen yang ditayangkan khusus untuk merayakan tarikh 1 januari sebagai pembuka tirai tahun 2011. Dalam pada berpinar mata dok melayan rancangan TV, kebetulan pulak aq sempat menonton filem Bollywood yang ditayangkan di AStro Fiesta, 3 Idiots. Simple je aq nak gambarkan---sangat best!!

Bagi yang belum menonton filem ni, mungkin ramai yang tidak tertarik memangdangkan skeptikal kita terhadap filem bollywood masih lagi seperti dahulu; penuh dengan jiwang karat, cinta yang x masuk akal dan sebagainya. Ya, aq pon berpendapat sedemikian sebelum ini, tapi filem ini berjaya memecahkan tradisi tersebut. Ya, walaupun masih ada elemen berkarat jiwang mendayu dayu, sedar x sedar filem ni jugak membawa mesej yang sangat besar dalam plot penceritaannya iaitu semangat persahabatan yang mengharukan, konsep sahabat sejati.

Ada beberapa perkara yang dapat aq simpulkan mengenai filem ini:

1) Mengupas isu pendidikan negara negara asia yang berorientasikan peperiksaan semata mata, tanpa ada usaha mewujudkan sikap "mahu belajar kerana ingin tahu"

2) Taraf hidup rakyat yang sangat berbeza. Yang kaya semakin kaya, n yang miskin semakin miskin.

3) Semakin tinggi kuasa seseorang), semakin naik lah hidung mereka (ego!!)

4) Konsep sahabat x kenal agama. Say no more to racist

5) apa yang kita aim, itulah yang kita bakal dapat (dengan usaha)

Aduhh, kering plak idea, sambung nanti je la. Jangan marah ek. Kepada sesiapa yang belum menonton filem ni, bolehlah cuba cuba layan, memang pasti takkan menyesal, malah terhibur pulak nanti!!

No comments:

Post a Comment